Pengenalan

Kampung
Baru Medical Centre (KBMC) telah dirancang penubuhannya
seawal tahun 1992. Idea penubuhannya telah bermula apabila
Dr. Ishak b. Masud, Ketua Biro Kesihatan ABIM
ketika itu, erpeluang melawat Islamic Hospital of Jordan.
Atas kesedaran perlunya sebuah institusi perubatan yang
mempraktikkan rawatan fizikal, mental dan spiritual
secara seimbang untuk kebajikan masyarakat umum, ABIM
telah merestui penubuhan KBMC ini. Dr. Suhaimi B. Hj.
Abdul Halim, seorang lagi aktivis PKPIM pada zaman pelajarnya,
telah turut sama merangka pelan awal penubuhan KBMC.
Pada
tahun 1994, kerja-kerja pembinaan dan pengubahsuaian
bangunan KBMC telah bermula. Jumlah modal berbayar yang
telah dikeluarkan ketika itu adalah RM1.5 juta dengan
agihan 60% sahamnya dipegang oleh beberapa orang doktor
sementara 40% lagi dipegang oleh Koperasi Belia Islam
Malaysia (Berhad).
Pada
Oktober 1997, Klinik Kemalangan dan Kecemasan (A&E),
Klinik Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Klinik Pakar
Kanak-kanak, Klinik Pakar Kulit, Klinik Pakar Telinga,
Hidung dan Tekak (ENT) dan Klinik Pakar Kulit, Klinik
Pakar Perubatan/Gasteroenterologi telah dibuka.
Pada
2 Januari 1997, KBMC mula beroperasi sepenuhnya. Ketika
itu, KBMC digerakkan oleh 70 tenaga kerja dengan 4 doktor
pakar sepenuh masa. Dr. Ishak b. Masud telah mengambil
cuti tanpa gaji dari Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan
Malaysia selama setahun (Disember 1996 Disember
1997) untuk memikul amanah sebagai Pengarah KBMC. Pn.
Nor Azizah bt. Hamdin adalah Pengurus Besar pertama
KBMC (15 Mei 1995 - 23 April 1998). En. M. Aminuddin
b. Ismail telah mengambil alih jawatan Pengurus Besar
pada 1 Ogos 1998 (sehingga kini).
Dalam
usahanya untuk menjadi sebuah hospital yang unik dan
unggul, KBMC sentiasa menitik beratkan usaha berterusan
untuk mendidik dan membimbing kakitangan, pesakit dan
pengunjungnya.
Untuk
itu, KBMC menganjurkan Kelas Fardhu Ain untuk
kakitangannya (setiap Rabu untuk kakitangan lelaki dan
setiap Jumaat untuk kakitangan wanita), Tazkirah Sabtu
(setiap Sabtu untuk kakitangan dan pengunjung), bimbingan
kerohanian untuk pesakit lelaki dan wanita oleh ustaz
dan ustazah bertauliah, Siri Ceramah dan Kaunseling
Kesihatan (sekali setiap hujung bulan) dan pameran dan
pemeriksaan kesihatan di tempat umum seperti sekolah
dan kawasan perumahan. KBMC juga menerima kunjungan
pelajar sekolah dan IPT yang ingin melihat perjalanan
perkhidmatan perubatan dan pentadbiran KBMC.
KBMC
percaya, untuk menghasilkan perkhidmatan yang unik dan
unggul juga, kakitangannya perlu mempunyai rasa kepunyaan
dan semangat kekitaan dalam menjalankan tugas dan tanggung
jawabnya di KBMC. Oleh itu, KBMC telah menganjurkan
Retreat Kakitangan KBMC ke-2 pada 1-3 Jun 2001 lalu.
Program latihan yang dikendalikan motivator En. Affendy
Zulkifly dan Ustaz Jaafar Muhammad dan bertempat di
Pusat Latihan ABIM, Sungai Ramal dan Ins. Latihan FAMA
Port Dickson ini telah memberi suntikan baru kepada
kakitangan untuk terus memberikan perkhidmatan cemerlang
kepada pesakit dan pengunjung KBMC. Bukanlah sesuatu
yang luar biasa apabila ada kakitangan KBMC diberikan
pujian kerana kecemerlangan dalam perkhidmatan oleh
pesakit dan pengunjung KBMC.
Rentetan
daripada Retreat Kakitangan KBMC ke-2, Kumpulan Aktiviti
Kakitangan KBMC telah dilancarkan. Melalui kumpulan
akitiviti ini, Badan Induk Kumpulan Aktiviti KBMC (BIDUK)
telah ditubuhkan. Program ini adalah dalam rangka usaha
KBMC untuk terus membina dan menyuburkan semangat kakitangan
dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pesakitnya.
Selain itu, Kumpulan Akitiviti Kakitangan ini juga menjadi
saluran untuk kakitangan KBMC menyalurkan idea untuk
kepentingan pesakit dan pengunjung KBMC. Sudut Bacaan,
Program Ziarah Pesakit, Rumah Anak Yatim Angkat adalah
antara program yang telah dijalankan dan sedang dalam
perancangan.
|