Terapi
ozon
Terapi
ozon di KBMC telah bermula dalam bulan Mac 2001. Pada
awalnya, hanya 4 prosedur terapi ozon sahaja yang ditawarkan
KBMC. Menyedari keperluan mendalami bidang terapi ozon
dan memperolehi peralatan yang berkaitan, Pengarah KBMC,
Dr. Ishak b. Masud, telah menghadiri bengkel mengenai
terapi ozon ini di Kanada pada 5-7 Ogos 2001. Kepulangan
Dr. Ishak dengan peralatan untuk prosedur terapi ozon
telah membolehkan KBMC menawarkan 11 prosedur terapi
ozon yang disesuaikan dengan keperluan pesakit dan penyakit
yang pelbagai. Dengan pertambahan prosedur yang ditawarkan,
KBMC kini merawat 50 hingga 60 pesakit sehari dengan
rawatan ozon sahaja berbanding 15 hingga 20 pesakit
sehari sebelumnya.
Kesan
Ozon Kepada Sistem Badan Manusia
|
Merangsang
penghasilan sel darah putih |
|
Mengaktifkan
sistem imunisasi badan dengan merembeskan lebih
banyak interleukin dan interferon |
|
Merangsang
penghasilan Tumor Necrosis Factor (TNF) |
|
Mengaktifkan
metabolisme sel darah merah |
Untuk
keterangan yang lebih lanjut mengenai terapi ozon, sila
klik di sini...
|