Menu Utama
  Pengenalan
 Matlamat penubuhan
 Kepakaran yang ditawarkan
Perkhidmatan sokongan
Kemudahan wad/bilik
Terapi ozon
Lokasi
 

No. 85, Jalan Raja Abdullah,
Kampung Baru,
50300 Kuala Lumpur.

Tel : 03-26931007
Fax : 03-26986711

E-mail : kbmc@tm.net.my

Kepakaran Yang Ditawarkan


KBMC menawarkan kepakaran dalam pelbagai bidang seperti:

Perbidanan dan Sakit Puan
Perubatan (Gastroenterologi, Dermatologi, Endokrinologi, Kardiologi, Nefrologi, Rheumatologi, Onkologi)
Kanak-kanak (Paediatrik)
Pembedahan (Am, Urologi, Hepatobiliari, Plastik dan Neurosurgeri),
Telinga, Hidung dan Tekak (ENT)
Ortopedik (termasuk sport medicine)
Psikiatri (Dewasa dan Kanak-kanak)
Anestesia
Radiologi

Ketika kegawatan politik dan ekonomi melanda negara pada 1998, KBMC mengorak langkah berani
apabila memutuskan untuk membeli bangunan yang didudukinya sekian lama. Pada Februari 2001, rasmilah bangunan setinggi lima (5) tingkat ini menjadi milik KBMC yang dibeli daripada KBI (M) Bhd. Sehingga Ogos 2001, bangunan KBMC yang dilengkapi dengan 2 buah bilik bedah, 3 buah bilik bersalin, 53 buah katil, kedai farmasi, surau pada setiap aras dan peralatan perubatan moden termasuk untuk terapi ozon, menerima kunjungan purata 200 pesakit setiap hari yang mendapatkan rawatan di Unit Kemalangan dan Kecemasan (24 jam) dan Klinik-klinik Pakarnya.

Dalam usia hampir 5 tahun, KBMC kini dalam fasa perkembangannya. Daripada 70 kakitangan sepenuh masa dan sementara, KBMC kini digerakkan seramai 107 kakitangan pentadbiran dan perubatan serta perkhidmatan sokongan sepenuh masa. KBMC semakin mendapat tempat dan kepercayaan masyarakat untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan berkualiti. Pesakit KBMC bukan sahaja daripada kawasan Lembah Kelang, tetapi dari seluruh Malaysia dan negara-negara jiran.

"Dan apabila aku sakit Dialah (Allah) yang menyembuhkan aku" Asy-Syu'ara: Ayat 80
© Kampung Baru Medical Centre 2002. All Rights Reserved.