Menu Utama
  Pengenalan
 Matlamat penubuhan
 Kepakaran yang ditawarkan
Perkhidmatan sokongan
Kemudahan wad/bilik
Terapi ozon
Lokasi
 

No. 85, Jalan Raja Abdullah,
Kampung Baru,
50300 Kuala Lumpur.

Tel : 03-26931007
Fax : 03-26986711

E-mail : kbmc@tm.net.my

Terapi ozon

Terapi ozon di KBMC telah bermula dalam bulan Mac 2001. Pada awalnya, hanya 4 prosedur terapi ozon sahaja yang ditawarkan KBMC. Menyedari keperluan mendalami bidang terapi ozon dan memperolehi peralatan yang berkaitan, Pengarah KBMC, Dr. Ishak b. Mas’ud, telah menghadiri bengkel mengenai terapi ozon ini di Kanada pada 5-7 Ogos 2001. Kepulangan Dr. Ishak dengan peralatan untuk prosedur terapi ozon telah membolehkan KBMC menawarkan 11 prosedur terapi ozon yang disesuaikan dengan keperluan pesakit dan penyakit yang pelbagai. Dengan pertambahan prosedur yang ditawarkan, KBMC kini merawat 50 hingga 60 pesakit sehari dengan rawatan ozon sahaja berbanding 15 hingga 20 pesakit sehari sebelumnya.

Kesan Ozon Kepada Sistem Badan Manusia

Merangsang penghasilan sel darah putih
Mengaktifkan sistem imunisasi badan dengan merembeskan lebih banyak interleukin dan interferon
Merangsang penghasilan Tumor Necrosis Factor (TNF)
Mengaktifkan metabolisme sel darah merah

Untuk keterangan yang lebih lanjut mengenai terapi ozon, sila klik di sini...

 

 

 

 


"Dan apabila aku sakit Dialah (Allah) yang menyembuhkan aku" Asy-Syu'ara: Ayat 80
© Kampung Baru Medical Centre 2002. All Rights Reserved.