Menu Utama
  Pengenalan
 Matlamat penubuhan
 Kepakaran yang ditawarkan
Perkhidmatan sokongan
Kemudahan wad/bilik
Terapi ozon
Lokasi
 

No. 85, Jalan Raja Abdullah,
Kampung Baru,
50300 Kuala Lumpur.

Tel : 03-26931007
Fax : 03-26986711

E-mail : kbmc@tm.net.my

Pengenalan

Kampung Baru Medical Centre (KBMC) telah dirancang penubuhannya seawal tahun 1992. Idea penubuhannya telah bermula apabila Dr. Ishak b. Mas’ud, Ketua Biro Kesihatan ABIM ketika itu, erpeluang melawat Islamic Hospital of Jordan. Atas kesedaran perlunya sebuah institusi perubatan yang mempraktikkan rawatan fizikal, mental dan spiritual secara seimbang untuk kebajikan masyarakat umum, ABIM telah merestui penubuhan KBMC ini. Dr. Suhaimi B. Hj. Abdul Halim, seorang lagi aktivis PKPIM pada zaman pelajarnya, telah turut sama merangka pelan awal penubuhan KBMC.

Pada tahun 1994, kerja-kerja pembinaan dan pengubahsuaian bangunan KBMC telah bermula. Jumlah modal berbayar yang telah dikeluarkan ketika itu adalah RM1.5 juta dengan agihan 60% sahamnya dipegang oleh beberapa orang doktor sementara 40% lagi dipegang oleh Koperasi Belia Islam Malaysia (Berhad).

Pada Oktober 1997, Klinik Kemalangan dan Kecemasan (A&E), Klinik Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Klinik Pakar Kanak-kanak, Klinik Pakar Kulit, Klinik Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) dan Klinik Pakar Kulit, Klinik Pakar Perubatan/Gasteroenterologi telah dibuka.

Pada 2 Januari 1997, KBMC mula beroperasi sepenuhnya. Ketika itu, KBMC digerakkan oleh 70 tenaga kerja dengan 4 doktor pakar sepenuh masa. Dr. Ishak b. Mas’ud telah mengambil cuti tanpa gaji dari Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia selama setahun (Disember 1996 – Disember 1997) untuk memikul amanah sebagai Pengarah KBMC. Pn. Nor Azizah bt. Hamdin adalah Pengurus Besar pertama KBMC (15 Mei 1995 - 23 April 1998). En. M. Aminuddin b. Ismail telah mengambil alih jawatan Pengurus Besar pada 1 Ogos 1998 (sehingga kini).

Dalam usahanya untuk menjadi sebuah hospital yang unik dan unggul, KBMC sentiasa menitik beratkan usaha berterusan untuk mendidik dan membimbing kakitangan, pesakit dan pengunjungnya.

Untuk itu, KBMC menganjurkan Kelas Fardhu ‘Ain untuk kakitangannya (setiap Rabu untuk kakitangan lelaki dan setiap Jumaat untuk kakitangan wanita), Tazkirah Sabtu (setiap Sabtu untuk kakitangan dan pengunjung), bimbingan kerohanian untuk pesakit lelaki dan wanita oleh ustaz dan ustazah bertauliah, Siri Ceramah dan Kaunseling Kesihatan (sekali setiap hujung bulan) dan pameran dan pemeriksaan kesihatan di tempat umum seperti sekolah dan kawasan perumahan. KBMC juga menerima kunjungan pelajar sekolah dan IPT yang ingin melihat perjalanan perkhidmatan perubatan dan pentadbiran KBMC.

KBMC percaya, untuk menghasilkan perkhidmatan yang unik dan unggul juga, kakitangannya perlu mempunyai rasa kepunyaan dan semangat kekitaan dalam menjalankan tugas dan tanggung jawabnya di KBMC. Oleh itu, KBMC telah menganjurkan Retreat Kakitangan KBMC ke-2 pada 1-3 Jun 2001 lalu. Program latihan yang dikendalikan motivator En. Affendy Zulkifly dan Ustaz Jaafar Muhammad dan bertempat di Pusat Latihan ABIM, Sungai Ramal dan Ins. Latihan FAMA Port Dickson ini telah memberi suntikan baru kepada kakitangan untuk terus memberikan perkhidmatan cemerlang kepada pesakit dan pengunjung KBMC. Bukanlah sesuatu yang luar biasa apabila ada kakitangan KBMC diberikan pujian kerana kecemerlangan dalam perkhidmatan oleh pesakit dan pengunjung KBMC.

Rentetan daripada Retreat Kakitangan KBMC ke-2, Kumpulan Aktiviti Kakitangan KBMC telah dilancarkan. Melalui kumpulan akitiviti ini, Badan Induk Kumpulan Aktiviti KBMC (BIDUK) telah ditubuhkan. Program ini adalah dalam rangka usaha KBMC untuk terus membina dan menyuburkan semangat kakitangan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pesakitnya. Selain itu, Kumpulan Akitiviti Kakitangan ini juga menjadi saluran untuk kakitangan KBMC menyalurkan idea untuk kepentingan pesakit dan pengunjung KBMC. Sudut Bacaan, Program Ziarah Pesakit, Rumah Anak Yatim Angkat adalah antara program yang telah dijalankan dan sedang dalam perancangan.

"Dan apabila aku sakit Dialah (Allah) yang menyembuhkan aku" Asy-Syu'ara: Ayat 80
© Kampung Baru Medical Centre 2002. All Rights Reserved.