Menu Utama
  Pengenalan
 Matlamat penubuhan
 Kepakaran yang ditawarkan
Perkhidmatan sokongan
Kemudahan wad/bilik
Terapi ozon
Lokasi
 

No. 85, Jalan Raja Abdullah,
Kampung Baru,
50300 Kuala Lumpur.

Tel : 03-26931007
Fax : 03-26986711

E-mail : kbmc@tm.net.my

KEAJAIBAN OZON

APAKAH OZON ?

Lapisan ozon terdiri daripada molekul ozon (03) berperanan menyerap sinar ultraungu yang merbahaya kepada hidupan di muka bumi. Lapisan ozon juga penting untuk keseimbangan cuaca dunia.

APAKAH KEBAIKAN/FAEDAH TERAPI OZON ?

Bukti dan laporan yang saintifik mahupun anekdot tentang terapi ozon seolah ‑ olah sesuatu yang sukar dipercayai. Mungkin anda tidak pernah mendengar tentang terapi semulajadi yang sungguh menakjubkan ini. Ini disebabkan, sehingga kini pihak berwajib di negara kita terkebelakang dalam penyelidikan tentang kegunaan ozon. Walau bagaimanapun, persidangan Ozon Sedunia ke ‑ 6 yang telah berlangsung di Washington D. C dalam bulan Mei 1983, telah membentangkan kertas kerja tentang kegunaan teraputik dan perubatan ozon. Kertas kerja tersebut termasuklah mengenai barah, herpes dan rhematoid artritis yang ditulis oleh pakar ‑ pakar yang diiktiraf dunia dalam bidang masing ‑ masing. Kesimpulan daripada kertas kerja tersebut adalah :

1 . Ozon membunuh kulat, bakteria dan virus yang tidak dikehendaki daripada darah seperti ia membersihkan bakteria dan virus daripada air.

2. Kemungkinan untuk dijangkiti oleh virus hepatitis, HIV, sipilis atau penyakit berjangkit lain melalui pemindahan darah boleh dihapuskan dengan penggunaan ozon.

3. Ozon menyahkuman dari luka yang terdedah.

4.   Ozon berkesan dalam terapi penyakit kardiovaskular dan serebrovaskular serta arteriosklerosis. Ia mengembalikan peredaran darah secara serta merta, meringankan kesakitan angina dan memperbaiki fungsi dan peredaran darah dalam otak.

5. Ketumbuhan barah, lymphomas dan leukimia boleh dihapuskan tanpa pembedahan, radiasi dan kemoterapi.

6. Ozon sangat berkesan terhadap semua jenis penyakit rheumatoid. dan artritis.

7. Ozon sangat berguna untuk semua jenis alahan.

8.   Ozon memperbaiki keadaan multiple sclerosis dan penyakit neurogikal lain, membantu melambatkan kehilangan fungsi dalam kes penyakit Alzheimer's dan penyakit Parkinson's.

9. Penggunaan luaran ozon sangat berkesan dalam merawat kemalangan akibat kebakaran, jerawat, ulser, luka dan lecetan yang terdedah, fungus dan kecacatan kulit.

10. Ozon sangat berkesan untuk prokfitis, kolitis, prostitus, fissure, candidiasis dan jangkitan yis lain, trichomoniasis, penyakit vagina lain,sis pada buah pinggang, fistula dan penyakit Chrohns.

11. Mononukleosis dan Cirrhosis pada hati, AIDS, herpes dan hepatitis telah berjaya diubati dengan ozon, tanpa penggunaan sebarang  jenis dadah.

12. Penggunaan ozon tidak menyakitkan, tiada kesan sampingan yang memudaratkan dan sangat menjimatkan kepada doktor mahupun pesakit.

13. Gangrene telah berjaya dihapuskan dengan membekalkan ozon ke babagian yang dijangkiti dalam persekitaran yang tertutup. Dalam persekitaran yang tertutup ini, ozon dapat diserap melalui kulit dan proses penyembuhan berlaku dengan cepat. Bahagian yang dirawat selalunya bertukar dari kehitaman kepada kemerahan pada rawatan pertama.

14.Sejak tahun 1985, lebih daripada 15 negara telah membenarkan penggunaan terapi ozon. Lebih daripada 6000 alat penghasil ozon telah dijual di Eropah sahaja. Daripada beribu‑ribu orang yang telah dirawat, tidak ada satu pun kes yang melaporkan tindakbalas negatif terhadap penggunaan ozon.

APAKAH KESAN TERAPI OZON KEPADA BADAN MANUSIA?

Dr. Shallenberger telah melakukan pelbagai usaha untuk menyokong hipotesis bahawa ozon mempunyai kesan jangka panjang yang positif untuk rawatan penyakit AIDS. Beliau telah membentangkan kertas kerja tentang perubatan ozon di Seminar Ozon Antarabangsa di Texas. Beliau telah berjaya merawat pesakit dengan perubatan ozon melalui Major Autohemotherapy. Berikut adalah kesan fisiologi yang berlaku selepas menjalani rawatan ozon.

1. Ozon merangsang penghasilan sel darah putih. Sel darah putih penting untuk melindungi badan dari serangan bakteria, virus, fungi dan sel kanser. Apabila kekurangan oksigen, sel ini menjadi tidak berfungsi dan gagal untuk menyingkirkan bendasing malah bertindakbalas dengan sel yang sihat menyebabkan alahan. Selepas menjalani terapi ozon, paras oksigen akan meningkat dan kekal untuk jangkamasa panjang. Hasilnya kesan alahan dapat dikurangkan/dihapuskan.

2.Paras Interferon meningkat secara signifikan. Interferon adalah sejenis protein globul yang mengawal sistem pertahanan badan. Sesetengah Interferon dihasilkan oleh sel yang telah dijangkiti virus. Interferon memberi amaran kepada sel yang sihat tentang kehadiran virus, dan mengelakkan sel tersebut menjadi perumah kepada virus. Dengan kata lain, ia merencat replikasi viral. Interferon juga dihasilkan oleh otot, tisu konektif dan sel darah putih. Paras Interferon gamma ditingkatkan sehingga 400-900 % oleh ozon. Interferon ini terlibat dalam mengawal sel fagosit yang berfungsi memakan dan membunuh patogen dan sel yang abnormal. Penggunaan Interferon telah diluluskan oleh FDA untuk merawat Hepatitis B dan C yang kronik, Genital Warts (disebabkan oleh Papillomavirus), Hairy -cell Leukemia, Karposi's Sarcoma, Relapsing -Remitting Multiple Sclerosis dan penyakit Glonulomatous yang kronik.Pada masa sekarang Interferon digunakan untuk ujian klinikal bagi penyakit Throat Wart,HIV infection, Chronic Myelogenous Leukimia, Non - Hodgkins Lymphoma, kanser kolon, kanser buah pinggang, kanser pundi kencing, Malignant Melanoma, Basal cell Carcinoma dan Leishmaniasis. Walau bagaimanapun inteferon yang digunakan tanpa dirangsang oleh ozon mempunyai banyak kesan sampingan, berbanding inteferon yang diransang oleh ozon.

3.Ozon meransang penghasilan Tumor Necrosis Factor (TNT). Apabila tumor semakin berkembang, TNF akan dihasilkan. Apabila tumor berubah menjadi metastatic, sel barah akan berpecah dan diangkut melalui salur darah dan limfa ke tempat lain di dalam badan dan berkembang . Sel barah yang bersendirian (lone cancer cell) tidak berpeluang membiak disebabkan oleh penghasilan TNF yang merencat original tumor. Apabila sel barah dikeluarkan melalui pembedahan, paras TNF menurun secara mendadak dan sel tumor yang baru. muncul dan tisu yang sibat. Walaubagaimanapun melalui terapi ozon hal ini tidak berlaku dan ianya lebih selamat.

4.Ozon merangsang penghasilan Interleukin-2 yang berfungsi dalam pertahanan badan. Ia dirembeskan oleh T- helpers. Dalarn proses autostimulasi, IL-2 akan mengikat pada reseptor T- helpers menyebabkan penghasilan lebih banyak IL-2. Fungsi utamanya adalah menggalakkan limfosit membahagi dan berganda, lalu menghasilkan lebih banyak T - Helpers, T-suppressors, cytotoxic T's, Tdelayed's dan T- memory cells.

5.Ozon boleb membunuh kebanyakan bakteria pada kepekatan yang rendah. Metabolisme bakteria adalah 1:17 daripada kecekapan metabolisme manusia.Oleh sebab itu kebanyakkannya tidak boleh menghasilkan enzim anti oksida terbuang seperii.katalase. Hanya sesetengah bakteria boleh hidup dalam persekitaran yang mengandungi lebih 2% ozon.

6.Ozon berkesan melawan semua jenis fungi termasuklah Candida albicans,athletes foot, molds, midews, yeasts dan kulat.

7.Ozon menyerang virus dengan pelbagai cara. Seperti yang diterangkan di atas, ozon juga boleh bertindak terus kepada viral particals. Bahagian virus yang paling sensitif kepada oksidasi adalah stuktur pembiakan. Apabila struktur ini tidak diaktifkan, virus tersebut akan mati. Sel yang telah dijangkiti, secara semulajadi lemah terhadap ozon. Disebabkan metabolic burden, sel tidak lagi boleh menghasilkan enzim yang diperlukan untuk membaik pulih sel.

8.Ozon adalah antineoplastic. Ia merencat pertumbuhan tisu baru, ini kerana ia tidak lagi membahagi secara cepat untuk membentuk tisu tetapi keutamaannya lebih bertumpu kepada penghasilan enzim yang diperlukan untuk melindunginya daripada ozon. Pembahagian sel kanser yang berlaku dengan cepat direncat oleh ozon .

9.Ozon mengoksidasi plak arteri. la memecahkan plak yang menempel pada salur darah sama ada bagi penyakit Arteriosclerosis dan Arthrosclerosis. Ini bermakna ozon mempunyai keupayaan untuk membersihkan salur darah yang tersumbat. Ini membolehkan lebih banyak oksigen dibekalkan kepada tisu.

10. Ozon meningkatkan kelenturan dan keanjalan sel darah merah. Apabila dilihat di bawah mikroskop, ia berbentuk cakera, Dalam kapilari darah, apabila sel darah merah mengambil atau melepaskan oksigen ia akan bertukar kepada bentuk oval. Bentuk tersebut membantu sel darah merah melalui salur darah yang kecil lebih mudah dan menjadikan pertukaran gas lebih cekap. Peningkatan kebolehlenturan sel darah merah membolehkan tahap oksigen dalam darah meningkat untuk beberapa hari malah beberapa minggu selepas rawatan ozon.

I I.Ozon mempercepatkan kitar Citric Acids/kitar krebs/kitar TCA . Ini adalah langkah penting dalam proses glikolisis untuk menghasilkan tenaga.

12.Ozon menjadikan sistem enzim anti oksidan bekerja lebih cekap.

13.Ozon boleh menguraikan petrokimia ( bahan kimia). Bahan kimia ini memberikan kesan yang buruk kepada sistem pertahanan badan. la boleh menyebabkan alahan dan membahayakan kesihatan serta menjadi penentu jangka panjang tahap kesihatan kita.

 

"Dan apabila aku sakit Dialah (Allah) yang menyembuhkan aku" Asy-Syu'ara: Ayat 80
© Kampung Baru Medical Centre 2002. All Rights Reserved.